D'Owner! Tagboard! Credits!
| : Doa Sewaktu Sujud :
Sewaktu bersujud,
kita berada amat hampir
dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita
sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang biasa memanjangkan
sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.
Sabda Rasulullah s.a.w : "Suasana
yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia
bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."
Banyak
doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk
diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi
halal , imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan
yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."
Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat
manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan
Allah dunia dan akhirat.
|