D'Owner! Tagboard! Credits!
| : Tanda-Tanda Salah Pilih Pasangan : 1. Lebih banyak berkorban. Cinta memang memerlukan pengorbanan. Dalam suatu perhubungan tidak boleh menghitung untung rugi. Tapi jika anda lebih banyak berkorban sedangkan dia ala kadar sahaja, memang tidak adil. Apabila anda yang selalu mengorbankan waktu bersama teman-temannya dan keluarga hanya untuk bersama dia, sedangkan dia tidak pernah melakukannya untuk anda. Maka hal ini menandakan bahwa dia bukanlah pilihan yang tepat. Rmai yg byk korban wang, mase, fmily, kwn2 tuk sidie... 2. Rakan-rakan mula menjauhkan diri. Sebelum dia menjadi kekasih, kawan2 mengelilingi anda. Keadaan berubah ketika anda menjalin cinta dengan si dia. Satu persatu sahabat anda menjauhkan diri maka 3. Kawan2 tidak mahu membicarakan soal pasangan anda. Saat anda membicarakan tentang dia, ekspresi wajah sahabat anda terlihat resah. Mereka melihat jam tangan seolah2 dia tidak boleh bersembang lama-lama dengan anda. Atau setiap kali anda menyebut nama si dia dan bersemangat menceritakan betapa hebatnya si dia, sahabat anda mengalihkan topik. 4. Hubungan panas dingin. Pada awal hubungan, sudah pasti anda dan pasangan sedang hot menjalinkan hubungan. Tapi semakin hari dia berubah menjadi acuh tak acuh dan dingin maka menandakan bahwa dia belum mahu serius dengan anda. Ketika dia melihat anda begitu serius menjalinkan hubungan, dia merasa tidak sedap hati. Tak hairan sikapnya jadi berubah seperti itu. Kalau anda ingin hubungan yang serius dengannya, maka anda telah salah pilih orang.
5. Terlalu banyak usaha. Anda sering kali terlalu berusaha untuk bertemu dia. Anda selalu guna pelbagai cara untuk ke pejabat dan tempat tinggalnya, walaupun sekadar makan di gerai dekat pejabatnya, atau tiba-tiba datang ke pejabatnya untuk memberi sesuatu. Atau bahkan anda rela bersusah payah mengatur perjalanan untuk bertemu dengannya di tempat di luar kawasan. Padahal, sejujurnya dia tidak menghargai semua usaha anda itu. 6. Hidup terasa terkongkong. Anda yang sebelum ini super aktif, penuh semangat, tiba-tiba berubah menjadi orang yang tergantung dan tunduk kepadanya. Anda tidak lagi ke tempat yang diinginkan sesuka hati, atau beraktiviti sesuai dengan minat tanpa keizinan si dia. Jika anda ingin pergi ke tempat yang anda inginkan maka ada syaratnya iaitu harus bersama dia. Pergaulan anda pun mendapat pengawasan ketat darinya sehingga kadang2 dia akan menyoal anda seperti seorang polis kepada penjahat. Apalagi saat anda sedang makan bersama rakan sekerja lelaki, pasti dia akan lebih memperketat kongkongannya. 7. Berat badan susut. Berat badan anda sebelum dan sesudah menjadi pasangannya susut 3 hingga 4 kg. Ada dua kemungkinan terjadinya penyusutan ini, anda melakukan diet keras untuk mendapatkan tubuh yang ideal. Atau anda sering tertekan memikirkan sikapnya terhadap anda yang seringkali menyakitkan hati. Sidie selalu mnyakitkn hati anda??? 8. Hilang Keyakinan diri. Anda selalu merasa menyesal telah salah pilih pakaian, aksesori, bahkan kata-kata, setiap bertemu dengannya. Jangan mencari-cari kesalahan sendiri, kerana kehadiran seorang pasangan seharusnya menjadi pemangkin keyakinan diri dan penenang diri anda. Jadi apabila anda merasa serba salah dan takut, sebaiknya tinggalkan dia mulai dari sekarang. 9. Isteri / Suami orang. Jika kekasih anda adalah isteri/suami orang, maka sudah pasti anda salah pilih orang. Kerana sudah jelas dia sudah memiliki suami/isteri tapi anda masih tetap mahu menjadi pasangannya. Lelaki berstatus suami orang memang sangat menarik hati, apalagi rayuannya. Tapi mereka juga paling senang menabur janji, egois tanpa memikirkan perasaan anda. Jadi untuk apa anda menunggu dia, saat dia mengatakan akan menceraikan suami/ istrinya, sudah pasti hal itu jarang sekali terjadi. Mane satu nk pilih ni??? Errrrrgghhh~~~~~O_o HIDUP ADALAH TENTANG SEBUAH PILIHAN SOOOoOOoOoOo,CHOOSE WISELY, FRIENDS!!! |